JAKARTA: Gempa bumi luar pesisir dengan magnitud 7.0 melanda kawasan berhampiran kepulauan Maluku timur di Indonesia lapor Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gegaran tersebut mencetuskan amaran tsunami yang kemudiannya ditarik balik.

Pusat gempa tersebut dilaporkan terletak kira-kira 150 kilometer (km) di barat laut pulau Halmahera di timur Indonesia pada kedalaman 48km.

Gempa bumi itu berlaku kira-kira pukul 1.06 tengah hari waktu tempatan di luar pantai pulau Sulawesi, menggegarkan pulau berhampiran dan memaksa penduduk melarikan diri dalam keadaan panik.

“Gempa itu dirasai sekitar 15 hingga 20 saat. Gegarannya agak lama.

“Ramai orang keluar kerana mereka takut bangunan runtuh,” kata seorang wartawan AFP di pulau Morotai di kepulauan Maluku.

Ketua Pusat Gempa dan Tsunami, Daryono berkata, gegaran itu diikuti oleh lima gegaran susulan, yang terbesar dengan magnitud 5.3 skala Richter.

Pusat Siesmologi Mediterranean Eropah (EMSC) turut melaporkan berlaku gempa bumi berukuran 6.2 magnitud di Sulawesi pada kedalaman 145km awal pagi tadi.-AGENSI

The post Gempa 7.2 magnitud gegar timur Indonesia appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *