JAKARTA: Gempa bumi kuat 7.6 magnitud melanda lautan Indonesia dan Timor-Leste awal pagi tadi, lapor Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS).

Menurut Pusat Kajian Geologi AS (USGS), Pusat gempa dikesan pada kedudukan 427 kilometer (km) di selatan pulau Ambon di Indonesia pada kedalaman 95km.

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia melaporkan beberapa gegaran susulan pada magnitud 5.5.

Agensi itu berkata, gegaran itu dirasai di pulau Timor, kepulauan Maluku dan Papua Tetapi tiada laporan segera mengenai kerosakan atau mangsa.

“Saya berada di atas katil, kemudian saya berasa sedikit gegaran. Saya bangun dan mendapati ramai rakan saya turut merasakannya,” kata seorang penduduk di Ambon, Hamdi.

Seorang penduduk yang tidak dikenali di Dili di ibu kota Timor Leste melaporkan gegaran yang sangat kuat dan panjang menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman web Pusat Seismologi Eropah-Mediterania (EMSC).

Gempa telah menyebabkan penduduk keluar menyelamatkan diri di jalanan di Tual, sebuah pelabuhan di kepulauan Maluku.

Beberapa rakaman video kejadian turut tular di media sosial.

Agensi geofizik Indonesia pada mulanya mengeluarkan amaran kemungkinan tsunami, namun membatalkannya tidak lama kemudian.

Gempa turut dirasai sehingga ke Darwin, ibu kota Wilayah Utara Australia.

Tiada laporan mengenai kerosakan atau mangsa kejadian setakat ini.-AFP

The post Gempa 7.6 skala Richter landa Indonesia appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *