WELLINGTON: Gempa bumi berukuran 6.9 magnitud melanda wilayah Kepulauan Kermadec di New Zealand hari ini.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa itu berada pada kedalaman 152 kilometer (km).
Terdahulu, Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC) menganggarkan gempa bumi pada magnitud 6.6 skala Ricther melanda wilayah kepulauan itu.
Malah, EMSC juga memaklumkan gempa itu berlaku pada kedalaman 183km.
Setakat ini, tiada amaran tsunami dikeluarkan selepas gempa bumi itu. – REUTERS
The post Gempa bumi 6.9 magnitud landa Kepulauan Kermadec, New Zealand appeared first on Utusan Malaysia.