PETALING JAYA: Sebanyak RM10,000 bantuan untuk mangsa gempa bumi di Turkiye disampaikan PASRelief kepada Duta Besar negara terbabit, Emir Salim Yuksel.
Bantuan awal tersebut disampaikan sebagai tanda solidariti dan kemanusian kepada negara tersebut ekoran kejadian gempa bumi pada 6 Februari lalu.
Sumbangan disampaikan wakil Ahli Jawatankuasa PASRelief, Datuk Mumtaz Mat Nawi dan Ahmad Tarmizi Sulaiman bagi memastikan segala kelengkapan penting dan agihan bantuan dapat dilaksanakan secepat mungkin.
PASRelief bersama Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) juga akan menyertai misi bantuan ke Turkiye yang diketuai oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, untuk membantu mangsa gempa bumi bermula 2 Mac hingga 7 Mac ini.
Sebarang sumbangan dan bantuan boleh dihulurkan menerusi akaun Maybank Islamic diatas nama PASRELIEF 5640-7061-2333. – UTUSAN
The post Gempa bumi: PASRelief salur bantuan awal RM10,000 appeared first on Utusan Malaysia.