PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli akan berbincang dengan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pencalonan Datuk R. Ramanan sebagai wakil Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Sungai Buloh

Menurutnya, beliau maklum mengenai pandangan para pengundi mengenai calon PKR itu.

“Saya akan berbincang dengan Datuk Anwar Ibrahim mengenai maklum balas pengundi-pengundi di Sungai Buloh mengenai calon PKR setakat ini. 

“Saya hargai semua pandangan. Keputusan akhir adalah keputusan beliau sebagai Presiden parti,” katanya dalam ciapan Twitter beliau hari ini.

Semalam, Barisan Nasional (BN) mencalonkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh sekali gus mencetuskan kebimbangan penyokong PKR untuk mempertahankan kerusi itu daripada dirampas pihak lawan.

Rafizi sebelum ini meminta para calon PH agar tidak mengambil mudah terhadap kehadiran Khairy di mana-mana kerusi ditandingi meskipun kubu kuat PH. –UTUSAN 

 

The post Gentar dengan Khairy, PKR bincang ubah kedudukan calon PKR Sungai Buloh appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *