PETALING JAYA: Duta Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10.

Katanya, beliau berharap Anwar dapat meneruskan hubungan baik antara Jepun dan Malaysia.

“Tahniah kepada Datuk Seri Anwar yang telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

“Saya amat berharap kerajaan baharu akan menggerakkan negara ke arah perpaduan dan seterusnya mempromosikan hubungan antara Jepun dan Malaysia,” katanya. – UTUSAN

The post Gerakkan negara ke arah perpaduan, promosi hubungan Jepun-Malaysia appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *