BENGKULU: Badan Meteorologi, Iklim dan Geofizik (BMKG) Bengkulu menerangkan, fenomena gerhana bulan penuh yang dijangka berlaku pada malam ini akan menyebabkan paras air laut di wilayah ini naik.

Sehubungan itu, badan itu menasihatkan kepada masyarakat supaya tidak panik dan menjauhi kawasan pantai buat sementara waktu bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.

“Fenomena air pasang besar akan berlaku ketika gerhana bulan penuh berlangsung, namunn masyarakat tidak perlu khuatir kerana situasi itu adalah normal,” kata jurucakap BMKG Bengkulu, Marsellei Justia.

Selain itu, Marseillei memaklumkan, paras air laut di Bengkulu dijangka meningkat semasa fasa akhir gerhana bulan itu berlaku.

Beliau memberitahu, puncak gerhana bulan penuh di Bengkulu boleh dilihat di Rejang Lebong, Kepahiang, Bengkulu Selatan dan Kaur.

The post Gerhana bulan penuh: Paras air laut naik, penduduk jangan khuatir appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *