PENJAGA GOL: Penjaring terbanyak Liga Super musim ini, Bergson Da Silva mengetuai misi Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk membolot semua kejuaraan yang ditawarkan apabila membentuk serangan ampuh bersama Arif Aiman Hanapi dan Fernando Forestieri untuk berdepan Selangor FC dalam final Piala Malaysia malam ini.

Di bahagian tengah, kehadiran Leandro Velazquez menambah kekuatan Harimau Selatan bersama Afiq Fazail serta pemain berpengalaman, Natxo Insa.

JDT mempertaruhkan penjaga gol terbaik mereka, Farizal Marlias untuk memastikan gawang pasukan itu tidak dibolosi.

Farizal akan menerima sokongan terbaik daripada gandingan mantap Matthew Davies, Shahrul Saad, Faroz Baharudin dan La’Vere Corbin Ong. – UTUSAN ONLINE

The post Gerun lihat gandingan Bergson, Forestieri, Arif Aiman appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *