KUALA LUMPUR: Giat berniaga bermula awal tahun lalu, pelakon, Saharul Ridzwan gembira apabila perniagaan produk penjagaan wajah yang diusahakannya, Qaabila semakin berkembang maju.

Lebih menggembirakan pelakon itu apabila kini dia sudah memiliki pejabat sendiri selepas sekian lama mengusahakan perniagaan tersebut dari rumah.

“Perkembangan Qaabila.hq dari rumah awal tahun lalu dan Alhamdulillah, kini sudah ada pejabat.

“Peralihan dari rumah ke premis perniagaan. Alhamdulillah, syukur ya Allah,” ujarnya.

Dalam perkongsian sama, pelakon filem Renjana itu berkata, dia menyerahkan aturan kerjaya sepanjang 2023 kepada ketentuan rezeki Allah SWT.

“Untuk 2023 ini, apa sasaran dan perancangan? Rahsia… Cakap-cakap nanti tidak jadi, kita jalan sahaja dulu.

“Insya-Allah, perkemaskan amal sebelum ikhtiar dan buat bersungguh-sungguh, Allah bagi jadi.

“Allah aturkan yang terbaik. Semuanya Allah, insya-Allah!,” kongsinya.

The post Giat berniaga, Saharul Ridzwan sudah ada pejabat sendiri appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *