WASHINGTON: Satu laporan mendapati bongkah ais Denman di Antartika Timur mencair dengan lebih cepat pada kadar 70.8 bilion tan setahun.

Lapor The Guardian, saintis dari Pertubuhan Penyelidikan Saintifik dan Industri Komanwel (CSIRO) berkata, pencairan glasier itu disebabkan oleh kemasukan air laut yang panas.

Kumpulan penyelidik CSIRO diketuai saintis, Esmee van Wijk berkata, laporan itu menunjukkan glasier Denman berpotensi menghadapi risiko penyusutan yang tidak stabil.

Glasier Denman di kawasan terpencil Antartika Timur, terletak di atas ngarai darat paling dalam di dunia.

Ia mengandungi isipadu ais bersamaan 1.5 meter kenaikan paras laut.

Sebelum ini, Antartika Timur disangka tidak akan mengalami kehilangan ais yang cepat seperti mana berlaku di barat.

Bagaimanapun, beberapa kajian baharu menunjukkan air laut turut menghampiri bahagian benua itu.

Pasukan saintis Australia itu menggunakan ukuran pelampung pemprofilan untuk menunjukkan jumlah air laut yang sampai ke palung dalam yang terbentang di bawah glasier.

Kumpulan penyelidik itu pada mulanya mahu mengkaji glasier lain, Totten namun apabila pelampung itu hanyut ia menghampiri Denman.

Pelampung itu mengumpul data setiap lima hari selama empat bulan bermula Disember 2020.

“Daripada data dikumpulkan, saintis membuat anggaran betapa cepat air laut menyebabkan bongkah ais mencair.

“Bagaimanapun, pencairan bahagian terapung glasier tidak menambah kepada kenaikan paras laut,” jelas laporan itu.    

The post Glasier Antartika Timur mencair 70.8 bilion tan setahun appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *