PETALING JAYA: Kejohanan golf amal yang dianjurkan syarikat pengeluar minuman terkemuka, Coca-Cola Malaysia semalam berjaya mengumpul dana sebanyak RM260,000 untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Pembotolan Coca-Cola Singapura, Malaysia, dan Brunei, Louis Balat berkata, sebanyak RM130,000 dikumpul menerusi tajaan dan sumbangan manakala RM130,000 lagi daripada Coca-Cola Malaysia.

Beliau berkata, sumbangan merupakan sebahagian program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Coca-Cola bagi mengubah kehidupan mereka yang memerlukan ke arah yang lebih baik.

“Hasil sumbangan akan disalurkan ke rumah jagaan orang tua di iaitu Pusat Jagaan Nur Hasanah dan Pusat Jagaan Mahmudah yang terletak berdekatan kilang Coca-Cola di Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

“Dana yang dikumpul juga akan digunakan untuk membaik pulih rumah, membeli kemudahan untuk komuniti yang memerlukan dan menyediakan perkhidmatan kawalan dan sanitasi untuk keadaan hidup yang lebih kondusif.

“Baki dana yang dikumpul juga akan digunakan secara berterusan untuk sebahagian daripada inisiatif ‘Acts of Kindness’,” katanya sebelum majlis penyampaian hadiah kepada pemenang kejohanan.

Menurut Balat, pihaknya telah menyokong ratusan kanak-kanak dan warga tua, menyediakan mereka dengan persekitaran hidup yang lebih selesa dan sihat melalui pelbagai bentuk sumbangan kewangan dan baik termasuk infrastruktur IT, bakul makanan dan kemudahan asas.

Kejohanan golf amal itu telah berlangsung di Kota Permai Golf & Country Club dan berjaya menarik penyertaan 100 pemain golf yang terdiri daripada pelanggan, pembekal dan rakan kongsi Coca-Cola Malaysia serta media. – UTUSAN

The post Golf Amal Coca-Cola kumpul dana RM260,000 appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *