KUALA LUMPUR: Beberapa wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) meninggalkan Istana Negara selepas kira-kira sejam mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini.

Kesemua mereka keluar menaiki lima kenderaan diiringi Polis Pengiring pada pukul 12 tengah hari.

Antara yang hadir ialah Datuk Seri Fadhillah Yusuf, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Datuk Seri Richard Riot Jaem dan Datuk Seri Tiong King Sing.- UTUSAN

 

The post GPS selesai menghadap Agong appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *