PETALING JAYA: Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM800,000 melalui kempen pembiayaan peribadi BSN MyRinggit Khas Skim Kakitangan Awam Persekutuan (SKAP).

Kempen Pembiayaan peribadi BSN MyRinggit-i Khas SKAP yang bermula dari 1 Oktober 2022 hingga 31 Mac 2023 menawarkan hadiah bernilai RM100,000.

Selain itu, Kakitangan Awam Persekutuan dari setiap negeri juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai bernilai RM10,000 setiap bulan, selama enam bulan. Ini bermakna 13 pemenang setiap bulan bakal membawa pulang hadiah bernilai RM10,000 Selain itu BSN juga turut menawarkan kadar yang kompetitif di pasaran.

Pembiayaan peribadi boleh dimanfaatkan untuk pelbagai kegunaan, antaranya untuk tujuan penyatuan komitmen seperti pembiayaan kereta dan kad kredit, membolehkan pelanggan membayar
ansuran bulanan kepada satu bank sahaja. Pelanggan juga boleh menggunakan dana dari pembiayaan tersebut untuk tujuan lain seperti pengubahsuaian rumah, melanjutkan pelajaran dan banyak lagi.

Cara untuk menyertai kempen ini adalah sangat mudah. Kakitangan Awam Persekutuan yang layak hanya perlu memohon pembiayaan minimum RM50,000 dan maksimum RM400,000 di bawah skim ini dan perlu memastikan akaun pembiayaan kekal aktif sehingga waktu pemilihan pemenang.

Bagi kategori pelanggan baharu, pembiayaan minimum RM50,000 hingga RM100,000 layak untuk mendapat tiga penyertaan dan untuk pelanggan baharu dengan pembiayaan lebih RM100,000 layak untuk mendapat empat penyertaan.

Bagi pelanggan sedia ada pula, pembiayaan RM50,000 hingga RM100,000 layak untuk satu penyertaan dan jumlah pembiayaan melebihi RM100,000 akan layak mendapat dua penyertaan.

Mereka yang berminat boleh menghubungi cawangan BSN yang yang terdekat untuk pertanyaan lanjut, konsultasi atau mohon atas talian di http://www.bsn.com.my/page/BiarbetulSKAPcampaign

The post Hadiah terkumpul RM800,000 khas untuk Kakitangan Awam Persekutuan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *