PHILLIP ISLAND: Pelumba Mo­toGP mahu penganjur Grand Prix (GP) Australia menangani isu yang ‘tidak boleh diterima’, kehadiran haiwan liar di Litar Phillip Island dalam perlumbaan hari ini.

Dua sesi latihan Moto3 dan kelayakan Moto2 semalam terpaksa dipendekkan kerana kehadiran burung besar di trek lumba, manakala seekor walabi berlari di litar pada sesi latihan bebas kelmarin.

“Kami sudah bercakap kepada Suruhanjaya Keselamatan (mesyuarat kelmarin) bahawa mereka perlu menambah baik pagar.

“Kerana… jika kita melanggar itik atau walabi, ia boleh menjadi sangat berbahaya bukan sahaja kepada haiwan tersebut tetapi pelumba,” kata penunggang Suzuki, Alex Rins.

Pelumba Aprilia, Aleix Espargaro pula hampir melanggar seekor walabi kelmarin, mujur insiden itu tidak memberi kesan kepadanya.

 

“Pada awal (mesyuarat Suruhanjaya Keselamatan) semua orang ketawa. Saya faham ia boleh menjadi sesuatu yang melucukan tetapi mereka faham perkara itu amat penting daripada segi ­keselamatan.

“Bagi saya ia tidak boleh diterima, sa­ngat bahaya. Mari kita lihat sama ada mereka boleh bertambah baik.

“Untuk burung kita tidak boleh berbuat apa-apa (ke­rana ia terbang), namun untuk walabi ia tidak sepatutnya terjadi.

“Ini tidak boleh diterima. Jika semalam saya melanggar walabi pada kelajuan 220 (kilometer) sejam – besar..ia kemalangan besar,” kata Espargaro.

Sementara itu dalam kela­yakan semalam, penunggang Ducati, Jorge Martin me­nyambar petak pertama MotoGP dengan rekod sepusi­ngan terpantas.

Pelumba Sepanyol itu mencatat 1 minit, 27.767 saat (s) di pusingan kelayakan ketiga.

Catatan itu mengatasi rekod Jorge Lorenzo, 1:27.899s yang dibuat pada 2013.

“Sudah tiba masanya untuk memadam rekod itu kerana jentera lebih laju sekarang.

“Semalam saya bergelut se­dikit kerana hilang tum­puan kerana ini kali pertama saya beraksi di sini,” kata ­Martin. – AGENSI

The post ‘Haiwan liar’ resahkan pelumba GP Australia appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *