KUALA LUMPUR: Penyanyi, Wany Hasrita teruja apabila berpeluang mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk memilih pemerintah yang bakal menerajui negara.

Wany yang membuang undi di Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching, pagi tadi berharap pemimpin yang terpilih dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan adil.

“Siapapun pilihan kita, harap mereka dapat menjalankan tugas secara adil dan berwibawa.

“Harap mereka dapat majukan Malaysia dan membantu rakyat sepenuhnya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Penyanyi lagu Menahan Rindu itu turut menyeru kepada mereka yang belum mengundi agar keluar melunaskan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

“Ayuh turun mengundi. Setiap undi anda sangat membantu untuk memilih siapa pemimpin kita,” tambahnya.

The post Harap mereka dapat majukan Malaysia-Wany Hasrita appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *