RANTAU PANJANG: Enam keluarga  sudah 16 hari ‘berkampung’ di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’ Deh di sini apabila rumah mereka masih ditenggelami  banjir termenung.

Penduduk mendakwa ini kali kedua mereka  ‘berkampung’ di PSS dalam tempoh yang panjang selepas banjir termenung melanda pada hujung Februari lalu.

Mek Yam Ahmad, 80, berkata, kawasan rumahnya di Kampung Bendang Perol masih lagi ditenggelami air pada paras 0.3 meter walaupun cuaca bertambah baik.

Menurutnya, situasi itu menyebabkan dia dan keluarga tidak dapat pulang sekali gus ‘terpaksa’ tinggal di PPS selama 16 hari.

“Kami yang terawal berada di PPS dan kami jugalah yang paling akhir keluar.

“Walaupun makan dan minum serta keperluan lain mencukupi, namun hati kami menjadi tidak tenang memikirkan keselamatan rumah dan haiwan ternakan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Che Yam berkata, selama 25 tahun menetap di kampung terbabit belum pernah banjir termenung berlaku.

Katanya, semua ini didakwa berpunca daripada Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.

Bagi Tuan Syed Mohd. Saufi Tuan Soh, 34, berkata, kawasan rumahnya di Kampung Tersang masih lagi ditenggelami banjir pada paras 0.5 meter.

Katanya, penduduk bimbang jika gelombang banjir kedua berlaku lebih banyak kerosakan yang terpaksa ditanggung oleh mereka.

“Saya berharap pihak berkenaan dapat mencari jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah ini,” ujarnya.- UTUSAN

 

The post Hari ke-16 ‘berkampung’ di PPS akibat banjir termenung appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *