PETALING JAYA: Pejabat Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Gasing di sini masih menjadi lokasi tumpuan pengamal media susulan kerajaan Persekutuan yang masih belum dibentuk.

Sehingga hari ini telah memasuki hari kelima selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 berakhir 19 November lalu.

Petugas-petugas media telah menunggu di luar pejabat Presiden PKR itu kira-kira sejak pukul 8 pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada sebarang pergerakan keluar masuk Anwar dan pemimpin-pemimpin lain manakala keadaan di sekitar pejabat terkawal.

Kakitangan pejabat Anwar turut menyediakan makanan berupa biskut, nasi lemak dan minuman untuk petugas-petugas media di sini.-UTUSAN

The post Hari kelima: Pejabat Anwar Ibrahim masih jadi lokasi tumpuan media appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *