PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman pada 24 November ini

Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan berkata, pusat penamaan calon akan dibuka pukul 9 pagi hingga pukul 10 pagi untuk penyerahan kertas penamaan calon.

Menurut beliau, pusat bagi kerusi Parlimen Padang Serai adalah di Dewan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech, Kulim, Kedah, manakala bagi DUN Tioman, di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah Rompin, Pahang.

“Calon sudah sah dinamakan pada 5 November lalu juga dikehendaki hadir ke pusat berkenaan bagi tujuan cabutan undi untuk menentukan susunan nama pada kertas undi,” katanya.

SPR sebelum ini menetapkan pengundian PRU15 bagi kerusi Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman ditunda kepada 7 Disember ini

Ini susulan kematian calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Padang Serai M. Karupaiya dan calon Perikatan Nasional (PN), DUN Tioman Md. Yunus Ramli. – UTUSAN

The post Hari penamaan calon Padang Serai, Tioman 24 Nov. appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *