LIPIS: Penduduk di Kampung Pagar Sasak di sini bimbang dengan keselamatan mereka apabila seekor harimau ditemukan di bawah sebuah rumah penduduk di situ.

Seorang penduduk yang melihat kelibat haiwan itu petang tadi segera menghubungi pusat gerakan operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang.

Timbalan Pengarah (Operasi) JBPM negeri, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima laporan tentang penemuan harimau itu kira-kira pukul 5.39 petang.

“Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis diarahkan ke lokasi kejadian bagi tujuan pemantauan awal sebaik sahaja maklumat diperoleh.

“Pihak kami (bomba) mengesahkan haiwan itu adalah jenis ‘Harimau Akar’ dan dipercayai sedang ‘berehat’ di bawah rumah seorang penduduk di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Pagar Sasak, Lipis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ismail berkata, pihaknya melaporkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut bagi menangkap haiwan itu. – UTUSAN

The post Harimau ‘berehat’ bawah rumah penduduk di Kampung Pagar Sasak appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *