PETALING JAYA: Pemain tengah Selangor Brendan Gan dan pemain sayap Terengganu Faisal Halim dilantik selaku kapten skuad Harimau Malaya bagi kempen Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.

Perkara itu diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat oleh ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon.

Bermakna, skuad Harimau Malaya akan memiliki empat kapten termasuk Dion Cools dan Safawi Rasid yang dilantik sebelum ini.

“Dion dan Safawi sebelum ini bersama Syafiq Ahmad merupakan tiga kapten Harimau Malaya ketika kempen Piala Raja-Raja Thai 2022 di Chiang Mai, Thailand, September lepas.

“Tetapi dengan ketiadaan Syafiq bagi kem latihan pusat kali ini, Brendan dan Faisal telah dinamakan sebagai pengganti,” menurut kenyataan itu. – UTUSAN

The post Harimau Malaya miliki 4 kapten appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *