PETALING JAYA: Seorang cedera manakala lima selamat dalam insiden helikopter terhempas di Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang tengah hari tadi.

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan berkata, kejadian berlaku kira-kira 12.55 tengah hari melibatkan helikopter jenis AS350.

“Seramai enam mangsa, seorang cedera manakala lima lagi selamat.

“Kerja-kerja penyelamatan mangsa di lokasi sedang dilaksanakan,” katanya.

Terdahulu, Utusan Online melaporkan sebuah helikopter dinaiki lima penumpang serta juruterbang dilaporkan terhempas di Brinchang, Cameron Highlands tengah hari tadi.

Kejadian dipercayai berlaku melibatkan helikopter milik syarikat swasta yang membawa lima pegawai perubatan termasuk seorang doktor.

Sumber berkata, helikopter itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke Ipoh, Perak dari Lojing, Cameron Highlands. – UTUSAN

The post Helikopter terhempas di Brinchang: Lima selamat, seorang cedera appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *