BHUBANESWAR, India: Kabangkitan New Zealand pada suku keempat di Kejohanan Piala Dunia Hoki 2023 di sini nyaris mengecewakan Malaysia yang mahu menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat kedua.

Ini bagi mengelakkan bertemu lawan yang lebih sukar pada peringkat play-off  ke suku akhir.

Walaupun perlawanan sudah tamat, Malaysia terpaksa menanti lebih dua minit sebelum pengadil dari Scotland, Madden Martin mengesahkan kemenangan 3-2 ke atas New Zealand dalam aksi akhir Kumpulan C.

Pamain-pemain New Zealand meminta rujukan rakaman video kerana mendakwa pemain negara melakukan kesilapan.

Tetapi akhirnya keputusan tetap memihak kepada skuad bimbingan Arul Selvaraj.

Untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan iniu, Arul melakukan sedikit perubahan dalam barisan kesebelasan utama selepas kehilangan Shahril Saabah akibat hamstring.

 

The post Hoki Piala Dunia: Malaysia benam New Zealand 3-2 appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *