LONDON: Penyokong yang bakal berkampung sepanjang Piala Dunia 2022 di Qatar, perlu ber­belanja 200 pound (RM1,069) semalam sekiranya memilih untuk tinggal di kabin iaitu penginapan berkonsep kontena yang diubah suai.

Begitupun, perkampungan itu akan menyaksikan penonton terpaksa bersesak.

Penginapan menjadi salah satu isu utama buat peminat England dan beberapa negara lain menjelang sepak mula acara bola sepak berprestij itu pada 20 November depan.

Pegawai Piala Dunia Qatar 2022 semalam mengumumkan, 30,000 bilik telah ditambah untuk penginapan yang terdiri daripada pangsapuri, vila, hotel kapal persiaran serta perkampungan peminat.

Bagaimanapun, agensi ­berita, Bloom­berg mendedahkan, keadaan perkampungan peminat tidak seperti disangkakan kerana ia kelihatan seperti di pelabuhan dengan kontena ­disusun.

SUASANA dalam bilik hotel yang tampak mewah biarpun hanya dibina sementara untuk Piala Dunia 2022.

“Kabin perkampungan peminat Zafaran menawarkan pilihan bilik tidur suite berkembar atau berkembar, yang boleh memuatkan sehingga dua orang.

“Setiap kabin disediakan kemudahan membancuh teh dan kopi, dua botol air mine­ral sehari, peti sejuk, linen katil dan tuala.

“Di tapak perkampu­ngan disediakan kedai makanan de­ngan pelbagai menu.

“Jarak untuk ke Pusat me­nembak Lusail, Litar Antarabangsa Losail dan Stadium Lusail juga tidak jauh.

“Ia juga berdekatan stesen pengangkutan awam bagi memberi peluang kepada mereka yang hadir untuk menerokai tapak pelancongan, termasuk pantai Katara dan perkampu­ngan budaya, West Bay, Souq Waqif dan Msheireb Downtown Doha,” tulis laman web rasmi Piala Dunia Qatar. – AGENSI

The post Hotel ‘kontena’ sambut peminat Piala Dunia 2022 appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *