PUCHONG: Hujan renyai sejak awal pagi tadi tidak menghalang pengundi di Parlimen Puchong untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2 di sini hari ini. 

Walaupun terpaksa beratur panjang lebih 200 meter sambil berpayung di luar kawasan sekolah, proses pengundian setakat ini dilihat berjalan lancar dan cepat. 

Parlimen Puchong menyaksikan pertembungan empat penjuru di antara calon Bebas, Kuan Chee Heng, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader (Barisan Nasional), Yeo Bee Yin (Pakatan Harapan) dan Chew Jgh Gang (Perikatan Nasional). – UTUSAN

 

The post Hujan tak halang warga Puchong keluar mengundi appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *