JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia menganggarkan jumlah kes Covid-19 di negara ini bakal melonjak ke tahap tertinggi dalam tempoh terdekat berikutan peningkatan mendadak yang dicatatkan sejak 25 Oktober lalu.

Indonesia kini sudah mencecah purata 8,000 kes harian Covid-19 disebabkan oleh sub-varian Omicron XBB yang sangat menular.

Berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan, trend kadar positif dalam dua minggu terakhir di Indonesia meningkat daripada 14.13 peratus kepada 20.90 peratus.

Jumlah kematian turut meningkat, dengan pihak berkuasa merekodkan sejumlah 56 kematian pada hari Isnin dan Rabu yang merupakan jumlah tertinggi melebihi 50 kematian sejak April lalu.

Kes terawal melibatkan varian baharu ditemui di 10 wilayah di Bali, Jakarta, Jawa Barat, Jawa Tengah, Jawa Timur, Kalimantan Barat, Kepulauan Babel, Lampung, dan Sumatera Utara, dan Riau.

Menurut pakar, liputan dos penggalak yang rendah dan sikap orang ramai yang terlalu selesa dengan protokol kesihatan turut menyumbang kepada jangkitan baharu.

Dengan penambahan jangkitan baharu Covid-19 yang dilaporkan, negara itu kini mempunyai hampir 58,000 kes aktif, iaitu lebih daripada dua kali ganda melalui 27,000 kes aktif pada awal bulan ini.

Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin berkata, kemungkinan besar subvarian baharu itu sudah tersebar secara meluas dalam kalangan seluruh penduduk.

Sejak jumlah kes mula meningkat bulan lalu, kerajaan masih belum memperkenalkan sebarang langkah pandemik baharu kerana memberi tumpuan kepada penganjuran Sidang Kemuncak G20 Bali yang berakhir Rabu lalu.

Walaupun tidak meningkatkan amaran kesihatan ke tahap tertinggi iaitu PPKM 4, Budi berkata, kerajaan tidak teragak-agak melaksanakan sekatan lebih ketat, terutama jika kes harian mula menunjukkan peningkatan drastik yang berisiko membebankan sistem kesihatan negara.-AGENSI

The post Indonesia khuatir kes Covid-19 meningkat mendadak appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *