JAKARTA: Ujian sistem elektrik Tren Berkelajuan Tinggi (HSR) Jakarta-Bandung bermula semalam dengan pelepasan perlahan dari Stesen Tegalluar di Bandung.

Lapor agensi berita Xinhua, ujian itu bertujuan memastikan peralatan bekalan kuasa tren berkelajuan tinggi itu memenuhi keperluan untuk menjalankan beberapa siri ujian bersama kelak.

Ini adalah kali pertama unit tren yang tiba di Indonesia pada 1 September lalu muncul di landasan HSR Jakarta-Bandung.

Semua fungsi sistem bekalan kuasa pergerakan sudah diuji secara menyeluruh semasa ujian yang berlangsung selama sehari itu.

Penunjuk dan parameter penting telah memenuhi sepenuhnya kriteria reka bentuk, meletakkan asas yang kukuh untuk ujian dinamik dalam langkah seterusnya.

Dengan kelajuan reka bentuk 350 kilometer sejam, HSR Jakarta-Bandung yang dibangunkan dengan teknologi China akan mengurangkan tempoh perjalanan antara Jakarta dan Bandung, ibu kota wilayah Jawa Barat Indonesia, daripada lebih tiga jam kepada sekitar 40 minit.

The post Indonesia uji tren berkelajuan tinggi hubungkan Jakarta-Bandung appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *