PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) mahu saksi yang terlibat dalam insiden jurulatih menampar pipi pemain bola tampar yang tular di media sosial ketika ini supaya tampil memberi keterangan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut insiden itu.

“Laporan penuh menyusul dan KPM mohon saksi untuk tampil beri keterangan.

“Tekad mewujudkan Sekolah Selamat untuk semua murid akan sentiasa menjadi keutamaan,” ciapnya menerusi Twitter milik beliau, malam ini.

Sebelum ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan tindakan seorang jurulatih sebuah pasukan bola tampar menampar pemainnya.

Difahamkan, kejadian itu dipercayai berlaku ketika Kejohanan Bola Tampar Remaja (Bawah 14 tahun) B-14 2022 bagi kategori perempuan pada 16 Disember lalu.

Menerusi video yang disiarkan secara penstriman langsung di Facebook itu, jurulatih pasukan Melaka itu dilihat menampar dua pemainnya yang menyebabkan pasukan kehilangan mata sebelum tempoh rehat permainan.

Turut dipaparkan kedua-dua pemain itu seperti tergamam, namun tetap meneruskan permainan yang menyaksikan Melaka tewas kepada Johor. – UTUSAN

The post Insiden tampar: KPM mohon saksi tampil beri keterangan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *