PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hadir ke pejabat Invoke Solutions Sdn. Bhd. milik  Rafizi Ramli kali kedua hari ini hanya untuk  mendapatkan dokumen tambahan berkaitan siasatan ke atas syarikat itu.

Perkara itu disahkan Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi Utusan Malaysia.

“Ya, ini adalah prosedur biasa. Selepas kunjungan SPRM semalam, masih ada dokumen tambahan diperlukan pasukan penyiasat.

“Sebab itu kami hadir sekali lagi hari ini,” katanya ringkas.

Timbalan Presiden PKR berkata, ketika memberi sidang akhbar hari ini berkata, SPRM sedang membuat serbuan di pejabat Invoke miliknya.

 Rafizi berkata, peguamnya sedang mengendalikan urusan tersebut dan selepas ini giliran pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pula mahu menyerbu pejabat Invoke.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut berkunjung ke pejabat Invoke miliknya bagi mengambil beberapa dokumen syarikat itu.

Rafizi mempersoalkan tindakan SPRM  kerana mendakwa sudah mendedahkan skandal membabitkan projek kapal tempur pesisir (LCS) dan projek tebatan banjir bernilai RM2 bilion berserta bukti sebelum ini, namun perkara itu tidak disiasat SPRM.

SPRM  melakukan sisatan ke atas Invoke  susulan menerima satu laporan yang dibuat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung pengisytiharan harta oleh calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Pandan itu.UTUSAN

The post Invoke dikunjungi SPRM kali kedua,  isu LCS, projek tebatan banjir tidak disiasat appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *