DOHA: Bintang tengah Iran, Alireza Jahanbakhsh mengkritik media England kerana cuba me­ngalih perhatian pasukannya dengan ‘permainan minda’ menjelang aksi pembukaan Piala Dunia 2022 menentang negara itu, Isnin ini.

Jahanbakhsh merasakan media Inggeris sengaja mengganggu pasukannya dengan mengajukan soalan bertubi-tubi mengenai kematian seorang wanita berusia 22 tahun yang ditahan polis Iran ekoran melanggar peraturan hijab.

Protes berleluasa di Iran selepas Mahsa Amini meninggal dunia dalam tahanan polis pada September lalu selepas ditangkap kerana tidak bertudung de­ngan betul.

Bekas pemain tengah Brighton, Alireza yang kini bermain untuk Feyenoord menyangkal soalan mengenai suasana di tanah air, dan menuduh media Inggeris mencetuskan kegilaan untuk gangguan.

“Saya tidak terkejut anda bertanya soalan ini. Saya andaikan kamu dari media Inggeris.

“Pertama, saya tidak pasti jika England tidak berada dalam kumpulan kami, adakah anda akan datang dengan soalan ini.

“Kedua, kami telah menghadapi perkara ini selama beberapa minggu dengan semua media Inggeris menjadikan isu itu tajuk utama ketika Piala Dunia sudah semakin hampir,” katanya dalam sidang akhbar semalam. – AGENSI

The post Iran dakwa media England ganggu persiapan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *