PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa menyantuni bekas wartawan hiburan tersohor yang pernah bertugas bersama Utusan Malaysia, Rosli Manah, 55, di kediamannya di Kajang, Selangor.

Ismail Sabri meluangkan masa kira-kira hampir sejam berbual dengan Rosli dan isterinya, Asma Ghani. Turut bersama adalah Aasif Esfan, 26, dan Daniel Ashman, 18, iaitu anak kedua serta bongsunya.

Rosli sebelum ini menyumbang bakti lebih 26 tahun di Kumpulan Utusan (Melayu) Malaysia Berhad, namun kini diuji dengan masalah kesihatan.

Difahamkan, Ismail Sabri mengenali Rosli secara peribadi pada 2007 iaitu semasa beliau bertugas sebagai wartawan hiburan.

Hubungan antara mereka dikatakan menjadi akrab selepas Rosli banyak membantu karier anak kepada Perdana Menteri Ke-9 itu, Gadaffi (Dafi) yang juga merupakan penyanyi dan pelakon. – UTUSAN

The post Ismail Sabri lawat bekas wartawan  appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *