BAITULMAQDIS: Menteri Keadilan Israel yang baharu, Yariv Levin mengumumkan program reformasi pentabdiran kerajaan mereka dengan memperkenalkan akta yang boleh mengurangkan kuasa mahkamah.

Dalam program itu, ia akan membenarkan ahli politik mengetepikan keputusan Mahkamah Agung.

Perdana Menteri Israel yang terpilih semula minggu lalu selepas memenangi pilihan raya umum November tahun lalu, Benjamin Netanyahu turut merancang untuk memperbaharui sistem kehakiman negaranya.

Levin ketika membentangkan perkara itu kepada media berkata, jika Parlimen mereka melaksanakannya, ia akan meningkatkan kuasa pegawai yang dipilih ke atas mahkamah.

“Terdapat hakim-hakim, tetapi pada masa yang sama ada Parlimen dan kerajaan.

“Demokrasi berada dalam bahaya apabila kita mengundi dalam kotak undi, tetapi mereka yang tidak dipilih pula membuat keputusan untuk kita semua,” katanya yang memikirkan mengenai pembaharuan ini selama dua dekad lalu.

Levin, 53, merupakan seorang peguam dan Ahli Parlimen Likud sejak 2009 mendakwa, hakim-hakim Mahkamah Agung sebelum ini mempunyai fahaman kiri yang melampau.

Cadangan utama reformasi berkenaan adalah akan membenarkan Parlimen membatalkan keputusan Mahkamah Agung dengan undi majoriti mudah.

Di Israel yang sebelum ini tidak mempunyai Perlembagaan tersendiri mempunyai Mahkamah Agung yang mempunyai kuasa untuk memansuhkan undang-undang yang dianggap diskriminasi.

Tetapi, sebilangan dalam kerajaan baharu menganggap badan kehakiman itu cuba mengumpul terlalu banyak kuasa dan berusaha untuk melaksanakan ‘klausa penghinaan’ menyebabkan tercetusnya idea untuk ahli politik memulihkan undang-undang yang dikuasai oleh mahkamah.-AFP

 

The post Israel mahu kurangkan kuasa mahkamah appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *