JAKARTA: Isteri bekas Ketua Bahagian Profesion dan Pengamanan Polis Negara, Ferdy Sambo turut didakwa bersubahat melakukan pembunuhan anggota polis, Nofriansyah Yosua Hutabarat.

Menurut portal berita Kompas.com, Isteri Ferdy, Putri Candrawathi didakwa bersama-sama melakukan pembunuhan berkenaan di Mahkamah Negeri Jakarta Barat semalam.

“Mereka yang melakukan, menyuruh melakukan, turut serta melakukan perbuatan dengan sengaja dan terlibat membuat perancangan awal untuk merampas nyawa orang lain,” jelas Pendakwa Raya.

Pembunuhan Nofriansyah dilakukan di kediaman rasmi Ferdy di Kompleks Duren Tiga di Jakarta Selatan kira-kira pukul 3.28 petang hingga pukul 4 petang.

Pihak pendakwaan menganggap Putri gagal mengingatkan suaminya, Ferdy supaya tidak melakukan perbuatan kejam itu. 

Pihak pendakwaan turut kesal dengan sikap Putri yang sepatutnya melindungi keselamatan Nofriansyah tetapi sebaliknya bersubahat dengan Sambo untuk membunuh lelaki itu.   

“Tindakan memalukan ini tidak lain dan tidak bukan adalah pembunuhan terancang Nofriansyah.

“Malah, sebagai isteri pegawai tinggi polis, dia harus mengingatkan suaminya supaya tidak melakukan perkara keji, dan bersabar dalam menangani sebarang masalah yang timbul,” kata pendakwa raya ketika membacakan pertuduhan.

 

The post Isteri Ferdy Sambo didakwa bersubahat tembak polis appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *