SEREMBAN: Negeri Sembilan FC memulakan aksi Liga Super 2023 dengan mengutip satu mata selepas seri 1-1 dengan Sri Pahang FC malam tadi.
Berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini, aksi seimbang ditampilkan kedua-dua pasukan, namun tuan rumah terlebih dahulu memperoleh gol pada minit ke-20.
Ia menerusi jaringan penyerang import baharu skuad Jang, Casagrande yang merembat kencang dari dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol Sri Pahang, Mohd. Izham Tarmizi Roslan.
Memasuki babak kedua, pelawat tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan iaitu hasil tandukan Abdul Malik Mat Arif pada minit ke-47 selepas menerima hantaran David Rowley.
Aksi terus rancak apabila kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan bagaimanapun namun buntu mendapatkan gol kemenangan.
Sehingga tamat perlawanan, keputusan kekal terikat satu sama sekali gus masing-masing mengutip mata pertama untuk musim ini -UTUSAN ONLINE.
The post Jang diikat Tok Gajah di Paroi appeared first on Utusan Malaysia.