KUALA LUMPUR : Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyeru pengundi agar tidak membazir undi kepada Perikatan Nasional (PN).

Menjelaskan perkara itu, Ahmaf Shabery berkata, ini kerana kerana ketua PN iaitu Tan Sri Muhyiddin yassin yang digambarkan sebagai ‘kepala ular’ akan ‘dipancung’ pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Ini perkiraan mudah, dulu dia (Muhyiddin) menang 6000 lebih sahaja, di sana ada 20,000 pengundi Cina, dan pada kali ini, Cina sokong Pakatan Harapan. Sekarang dia tidak lagi dengan PH.

“Kalau di  sesetengah kawasan seperti Kelantan, Terengganu, mereka bergantung kepada Pas. Tetapi di situ, Pas tidak kuat. Hilang deposit. Nak gantung dengan siapa? PN ini kepalanya adalah Muhyiddin, dan dia akan kalah, kecundang di Pagoh, tempat beliau bertanding

“Sebab itu kita kata, jangan buang undi kepada parti PN, membazir. Sebab kita dah tahu apa cerita, kalau PN sudah tidak ada kepala, buang masa, buang duit. Kalau ada yang terfikir untuk undi PN, kembalilah kepada BN kerana BN adalah kerajaan yang stabil,” katanya

Dalam pada itu, Shabery turut berkata, pemimpin dalam parti seharusnya membantu calon lain dengan hati terbuka meskipun tidak dicalonkan pada PRU kali ini.

“Saya tidak jadi calon pada PRU kali ini, saya tetap bantu mereka yang bertanding kali ini. Saya dulu tiga penggal dibantu UMNO BN, takkan sekali tidak menjadi calon, tidak boleh pula untuk bantu calon BN? –UTUSAN

The post Jangan bazir undi PN, ‘kepala ular’ akan ‘dipancung’- Ahmad Shabery appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *