KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr. P. Ramasamy tidak perlu dilayan malah elok dibiarkan sahaja kepada pengurusan tertinggi DAP mengambil tindakan sewajarnya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Ramasamy memang dikenali sebagai ‘loose canon’, jadi tidak perlu melayan kenyataan beliau.

“Kita serahkan sahaja perkara ini kepada kepimpinan tertinggi DAP untuk memilih tindakan yang sewajarnya bagi diambil terhadap beliau,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri rumusan bengkel dan hala tuju strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mereformasikan perkhidmatan awam yang didakwanya didominasi oleh orang Melayu dan dasar itu dilaksanakan pada era kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Gesaan itu disuarakan Ramasamy yang berkata, hujah lama yang memihak kepada penguasaan orang Melayu dalam perkhidmatan awam untuk mengimbangi penguasaan ekonomi bangsa Cina tidak lagi terpakai.

Beliau turut mendakwa terdapat juga diskriminasi kaum secara rahsia apabila ia berkaitan dengan prospek kenaikan pangkat untuk bukan Melayu dalam sektor awam.

The post Jangan dilayan kenyataan Ramasamy – Zahid appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *