PETALING JAYA: Jangan segan mengikut acuan Johor Darul Ta’zim (JDT) jika mahu melihat Liga Malaysia (Liga M) 2023 lebih rancak dan menarik, kata jurulatih berpengalaman, Zainal Abidin Hassan.

Legenda bola sepak negara itu berkata, saingan Liga M tidak sepatutnya tertumpu kepada pasukan tertentu tetapi sekurang-kurangnya perlu membabitkan persaingan 50 peratus pencabar liga.

“Kita tak boleh nak cemburu dengan apa yang JDT telah lakukan sehingga ke hari ini, kalau boleh contohi mereka.

“Kita tidak perlu lagi melihat acuan luar, dalam negara sudah mencukupi, JDT boleh bagi contoh, jadi, saya harap apa yang berlaku pada ketika ini dapat dilaksanakan dengan cara yang betul.

“Ini bukan soal teknikal sahaja yang perlu bagus tetapi pengurusan juga kena seiring agar tak ada isu ketika liga sedang rancak berlangsung,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

ZAINAL ABIDIN HASSAN

JDT bukan sahaja memahat sejarah memenangi semua empat trofi dalam kempen Liga M 2023, malah berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah.

Sementara itu, Zainal berharap, pemain-pemain yang berada dalam skuad kebangsaan bimbingan Kim Pan Gon tidak hanya menyasarkan untuk bermain dengan kelab tertentu, sebaliknya perlu memilih pelbagai pasukan.

“Ketika zaman saya bergelar pemain, kebanyakan pemain tertumpu untuk memilih Selangor dan Pahang. Saya rasakan senario sama turut berlaku pada musim depan,” kata bekas pengendali Pahang, Selangor, Melaka dan Pulau Pinang itu.

Bekas penyerang Harimau Malaya itu menjelaskan, untuk membentuk sebuah pasukan yang bagus juga bukan melibatkan seorang atau dua orang pemain semata-mata tetapi, seluruh pasukan turut memainkan peranan masing-masing.

K

The post Jangan ‘segan’ tiru JDT – Zainal appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *