PETALING JAYA: Pas mengingatkan mana-mana pihak supaya ‘tidak menangguk di air yang keruh’ terhadap sebarang bentuk provokasi yang boleh menggugat keharmonian dalam negara.

Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khirudin berkata, semua pihak digesa terus menjunjung keluhuran Perlembagaan Persekutuan, menghormati keutuhan undang-undang dan memelihara ketenteraman awam, serta menghalang sebarang bentuk provokasi yang boleh menggugat keharmonian dalam negara.

“Kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sangat tepat dalam situasi politik terkini. Kita semua tahu bahawa rakyat Malaysia telah membuat pilihan dan mereka juga mengharapkan demokrasi terus subur di negara kita yang tercinta ini.

“Seruan Pas agar semua pihak terus menjunjung keluhuran Perlembagaan Persekutuan, menghormati keutuhan undang-undang dan memelihara ketenteraman awam, serta menghalang sebarang bentuk provokasi yang boleh menggugat keharmonian dalam negara.

“Demi memelihara kestabilan politik dan ekonomi negara dalam memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, Pas memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya ‘tidak menangguk di air yang keruh’ dalam situasi ini. Negara ini harus kita bina semula,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Abdul Hadi memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya ‘tidak menangguk di air yang keruh dan jangan sesekali dijolok sarang tebuan’, demi menjaga kepentingan negara dan rakyat keseluruhannya.

Beliau menegaskan bahawa adalah penting untuk semua pihak menjunjung keluhuran Perlembagaan, menghormati keutuhan undang-undang dan memelihara ketenteraman awam bagi memastikan kestabilan politik dan ekonomi negara. – UTUSAN

The post Jangan tangguk di air keruh – Pas appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *