PUTRAJAYA: Jangka hayat vaksin Covid-19 iaitu Comirnaty Concentrate for Dispersion for Injection daripada 15 kepada 18 bulan.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan memaklumkan, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) meluluskan permohonan variasi daripada syarikat Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd. itu berdasarkan data stabiliti terkini yang dikemukakan oleh pihak pengilang. 

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Norhaliza A Halim berkata, jangka hayat baharu bagi vaksin MAL21016022AZ yang dikilangkan di Pfizer Manufacturing Belgium NV, Belgium dan Comirnaty Concentrate for Dispersion for Injection (MAL21036039ASZ) adalah daripada 15 kepada 18 bulan bagi vial vaksin yang disimpan pada suhu -90°C sehingga -60°C.

“Kelulusan pelanjutan jangka hayat ini adalah secara retrospektif, bermaksud kelulusan ini juga terpakai kepada semua stok termasuk semua stok yang diterima sebelum variasi pelanjutan tempoh jangka hayat ini diluluskan,” katanya hari ini.

Jelasnya, tarikh luput pada label vaksin mungkin menunjukkan produk berkenaan sudah luput, tetapi semakan tarikh luput terkini (selepas pelanjutan jangka hayat) boleh disemak melalui laman sesawang NPRA (https://npra.gov.my/index.php/en/consumers/information/vaccine-covid-19- update.html).

Katanya, KKM sentiasa komited untuk memastikan semua produk farmaseutikal termasuk vaksin Covid-19 yang dibekalkan di Malaysia dinilai dari aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh NPRA. – UTUSAN

The post Jangka hayat vaksin Comirnaty dilanjut 18 bulan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *