TAIPING: Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi membantu mengeluarkan jari seorang kanak-kanak yang tersepit pada penutup tempat basuh tangan di Kampung Jana Baru, Kamunting di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting, Mohd. Fakrul Radzi Bemawi berkata, sepasukan tujuh anggota dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 5.48 petang.

Katanya, setibanya di tempat kejadian didapati kanak-kanak lelaki berusia empat tahun itu telah tersepit jari tangan kanannya pada penutup tempat basuh tangan.

“Anggota menggunakan peralatan khas untuk memotong penutup tempat basuh tangan itu. Operasi mengambil masa kira-kira lima minit.

“Kanak-kanak itu mengalami luka kecil pada jari telunjuk dan diberikan rawatan awal oleh anggota. Operasi yang diketuai komander operasi, Abdul Karim Bari itu tamat pada pukul 6.08 petang,” katanya. – UTUSAN

The post Jari kanak-kanak tersepit penutup tempat basuh tangan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *