Pada 8 November 1982, Utusan Malaysia melaporkan Jawatankuasa Halal dan Haram yang ditubuhkan baru-baru ini akan menentukan semua jenis makanan, ubat dan alat solek adalah halal dan tidak dicampurkan dengan bahan najis, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menyatakan usaha menubuhkan jawatankuasa berkenaan menunjukkan betapa berat dan seriusnya kajian dan penyelidikan yang dijalankan oleh kerajaan bagi mewujudkan makanan yang suci dan terjamin dari segi agama Islam.

Antara peristiwa lain yang menarik

8 November 1973 – Seniman agung Tan Sri P. Ramlee menjadi sumber inspirasi kepada Falix Anthony untuk menubuhkan sebuah syarikat perfileman di Negeri Perak untuk mengeluarkan filem-filem yang beridentitikan Malaysia.
8 November 1977 – Saki baki pengganas komunis di Pahang Barat kian tersepit dan berada dalam keadaan sukar untuk meneruskan perjuangan mereka akibat kemerosotan sokongan orang ramai serta ramai tali barut mereka telah ditangkap.
8 November 1979 – Tiga orang jemaah haji Indonesia terpaksa kembali ke negara asal setelah lebih empat bulan berjalan kaki ke Mekah kerana pihak berkuasa Arab Saudi tidak membenarkan mereka masuk ke tanah suci itu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

The post Jawatankuasa Halal dan Haram untuk makanan dan alat solek ditubuhkan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *