GUA MUSANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengendalikan 54 penerbangan ihsan melibatkan pemindahan perubatan (Medevac) bagi membawa keluar pesakit Orang Asli di kawasan pedalaman daerah ini untuk ke hospital sepanjang tahun lalu.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM, Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Mohd. Hasrizal Kamaruzzaman berkata, sebanyak empat helikopter jenis Agusta 109E (A109E), Agusta Westland 189 (AW189) AW139 dan Mi-17-IV telah digunakan sepanjang operasi tersebut melibatkan penerbangan selama 170 jam. 

“Bulan julai mencatatkan kekerapan penerbangan paling banyak iaitu sebanyak 13 penerbangan. Helikopter AW189 paling kerap digunakan untuk tugasan membawa pesakit Orang Asli,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Hasrizal berkata, Unit Udara JBPM juga turut melakukan penerbangan menghantar 23 tan bantuan makanan kepada penduduk Orang Asli di pedalaman yang terputus hubungan kerana jalan rosak pada Disember tahun lalu.

Katanya, Unit Udara JBPM sentiasa komited dan bersiap sedia dalam melaksanakan tugas menyelamat termasuk di kawasan pedalaman Orang Asli.-UTUSAN

The post JBPM kendalikan 54 penerbangan Medevac di Gua Musang tahun lalu appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *