PETALING JAYA: Biarpun tanpa Afiq Fazail yang dila­yangkan kad merah pada suku akhir pertama, namun ia bukan masalah besar buat Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mencari pengganti mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain berkenaan.

Memiliki Safiq Rahim, Natxo Insa, Danial Amier dan beberapa pemain lain yang dilihat mampu menggalas tanggungjawab ditinggalkan Afiq.

Skuad Harimau Selatan juga dijangka tidak berdepan masalah untuk menjinakkan Kelantan FC pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini selepas me­raih kemenangan selesa dalam perlawanan pertama di Kota Bharu, Sabtu lalu.

The getting ready for tomorrow

More photos at https://t.co/da5elR3K7H#JDT#TrainingSession#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/gesLxrTRVX

— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) November 10, 2022

Begitupun, pengendali JDT Hector Bidoglio tidak mahu mengambil mudah tenta­ngan pasukan Liga Perdana itu meskipun memiliki kelebihan selesa dan beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Tegasnya, apa sahaja boleh terjadi dalam tempoh 90 minit perlawanan dan menuntut anak buahnya menyelesaikan tugas yang masih tertangguh itu bagi memastikan JDT layak ke separuh akhir.

“Ada lagi 90 minit perlawanan dan tugas masih belum selesai.

“Malah, kami menganalisis rakaman video bagi memantapkan lagi setiap posisi supaya corak permainan yang bakal ditampilkan lebih tersusun,” katanya.

Bidoglio juga mengingatkan Leandro Velazquez dan Shio Hong Wan agar tidak mengutip kad kuning lagi jika diturunkan, selepas kedua-duanya dilayangkan kad pada aksi pertama suku akhir.

The post JDT tiada masalah tanpa Afiq appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *