DOHA : Pemain simpanan, Niclas Fuellkrug menyelamatkan Jerman dalam saingan Piala Dunia 2022 apabila menjaringkan gol penyamaan ketika seri 1-1 berdepan Sepanyol, di Stadium Al Bayt, sebentar tadi.

Keputusan seri yang dicatatkan pada aksi Kumpulan E itu, menyaksikan saingan masih terbuka buat mana-mana pasukan untuk mara ke pusingan seterusnya.

Terdahulu Alvaro Morata berjaya meletakkan Sepanyol didepan selepas menerima hantaran daripada Jordi Alba pada minit ke-62 dengan menewaskan penjaga gol Jerman, Manuel Neuer

Namun, Fuellkrug nyata menjadi penyelamat buat Jerman pada minit ke-83 menerusi rembatan kencangnya untuk memastikan pasukan tidak pulang awal pada kejohanan kali ini.

Satu mata diraih Sepanyol membolehkan mereka mendahului carta kumpulan dengan empat mata dan hanya memerlukan keputusan seri pada aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Jepun untuk mara ke pusingan seterusnya.

Jerman pula yang tewas mengejut 1-2 ditangan Jepun dan hanya meraih satu mata selepas dua perlawanan perlu menang ke atas Costa Rica pada aksi terakhir. AGENSI.

 

 

The post Jerman dan Sepanyol terikat 1-1 appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *