IPOH: Sama ada berpakat atau kebetulan, dua pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei dan S. Kisona melakukan kejutan apabila menarik diri dari Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Petronas Malaysia 2022 yang berlangsung di Arena Badminton Perak di sini sebentar tadi.

Jin Wei dan Kisona, masing-masing selaku pilihan utama dan kedua kejohanan, memberi kemenangan percuma kepada lawan masing-masing pada aksi pusingan pertama.

Jin Wei memberi kemenangan kepada pemain India, Unnati Hooda selepas ketinggalan 6-11 di set pertama.

Manakala Kisona langsung tidak memulakan perlawanan ketika bertemu Chan Wen Tse dari Malaysia berikutan kecederaan lutut yang dialaminya.

Turut terkeluar awal ialah pilihan ketiga, Tasnim Mir yang tumpas 15- 21, 19-21 kepada Carmen Ting dari Malaysia .

Bagaimanapun pilihan keempat, Thet Htar Thuzar tidak menghadapi masalah meneruskan perjuangan apabila mudah menundukkan Ho Yen Mei, 21-9, 21-14.

Pemain dari Myanmar itu kini berada di landasan baik untuk muncul juara berikutan ketiadaan Jin Wei, Kisona dan Tasnim.

Dalam kategori lelaki, pilihan kedua, Soong Joo Ven meneruskan kemaraan seleoas menjinakkan pemain Thailand, Laotrakul Karakit 21-12, 21-9. – UTUSAN ONLINE

The post Jin Wei, Kisona beri laluan kepada pencabar appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *