KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, beliau tidak kisah sekiranya kerusi Debat Wilayah yang disediakan untuknya malam ini kosong.

Ini kerana, katanya, debat tersebut seharusnya disusun dengan baik supaya mendapat persetujuan kedua-dua pihak sebelum diuar-uarkan kepada semua pihak termasuk dalam media sosial.

Bagaimanapun, jelas beliau, perkara itu tidak perlu untuk menjadi isu besar kerana menyifatkan penganjur debat Jelajah Demokrasi sebagai tidak matang.

“Saya ni biasa debat dengan orang, dengan Rafizi (Rafizi Ramli) pun saya berani live di televisyen. 2.6 juta penonton, tidak ada masalah. Kita bertukar-tukar pemikiran. Tetapi hari ini hari orang tengah berkempen, kita nak dapat sebanyak mungkin penerangan kepada setiap sektor masyarakat.

“Kalau you nak organise debate, boleh, tapi plan lah properly. Ini you pergi advertise dulu dua, tiga hari, lepas tu dia cerita nak debat. Lepas tu dia nakkan orang pergi dia punya Facebook. Tiada masalah, tetapi saya ampunkanlah.

“Budak-budak panjat pokok rambutan, biasalah. Jangan jadikan isu.  Dia nak debat malam ini malam ke esok, nak letak kerusi kosong, biarkanlah. Mereka tidak berfikiran matang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis ramah mesra bersama mahasiswa di sini, hari ini.

Debat Wilayah tersebut dijadual berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman malam ini pada pukul 8.30 malam. – UTUSAN

The post Johari tidak kisah kerusi Debat Wilayah untuknya malam ini kosong appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *