KUALA LUMPUR: Kemeriahan Ramadan merupakan tempoh paling ceria baik bagi pekerja hotel mahupun pengunjung rangkaian Hotel Royale Chulan di seluruh negara.
Selain menawar variasi juadah penambat cita rasa berbuka, suasana Ramadan dimeriahkan dengan solat tarawih berjemaah.
Menurut Pemangku Pengurus Besar Kanan, Operasi Kumpulan, Badrul Rezal Baharudin, segala kemudahan dan juadah untuk umat Islam pada bulan Ramadan kali ini disediakan bagi mereka yang berbuka di hotel rangkaian berkenaan.
“Antara juadah yang kami sajikan pastinya masakan selera kampung yang sedap dan bersih. Kami juga menyediakan ruang solat yang besar dan selesa untuk pengunjung dan pekerja kami. Ini penting supaya tidak terlepas peluang melaksanakan ibadah solat tarawih berjemaah meskipun berbuka di hotel.
“Suasana meriah berbuka puasa boleh didapati dari enam lokasi Royale Chulan seluruh Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain selera masakan kampung, pelbagai jenis sajian seperti sambal udang sumatra, daging salai masak lemak cili padi, sup tulang rawan, udang nestum mentega, kambing bakar, ayam golek, nasi mandy, agar-agar santan dan tapai pulut antara yang ditawarkan dalam bufet kala senja ini.
Sambil menjamu selera, tetamu akan turut dihiburkan dengan alunan muzik.
Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan boleh dilakukan menerusi talian berikut:
Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur: 03-26889688 @royalechulankl; Damansara: 03-79599000 @royalechulandamansara; The Curve: 03-78431111
@royalechulanthecurve; Seremban: 016-9209934 @royalechulanseremban; Penang: 04-2598888 (sambungan 8910) @royalechulanpenang; Cherating Villas & Chalets: 016-2050902/09-5819000 @royalechulancheratingvillas @royalechulancheratingchalets – UTUSAN
The post Juadah kala senja di rangkaian Hotel Royale Chulan appeared first on Utusan Malaysia.