KUALA TERENGGANU : Jumlah mangsa terjejas banjir di Terengganu semakin berkurangan apabila seramai 15,243 orang daripada 4,182 keluarga masih ditempatkan di 112 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi ini.

Cuaca yang cerah di seluruh negeri ini semalam membolehkan sebahagian mangsa banjir pulang ke rumah mereka apabila sebanyak 20 PPS ditutup secara berperingkat sejak petang semalam.

Menurutnya, mangsa banjir tertinggi pada pagi ini adalah di Hulu Terengganu iaitu 3,431 orang daripada 1,150 keluarga di 26 PPS dan diikuti Kuala Nerus seramai 2,988 orang daripada 759 mangsa di 14 PPS.

Katanya, keadaan banjir yang agak teruk di Dungun sejak dua hari lepas juga semakin pulih dengan mangsa berkurangan kepada 2,604 orang daripada 666 keluarga di 21 PPS manakala di Besut pula Seramai 2,138 orang daripada 567 keluarga di 30 PPS.

“Situasi sama berlaku di Kemaman apabila mangsa menurun dengan mendadak dengan hanya empat PPS masih beroperasi pagi ini menempatkan 1,970 mangsa daripada 502 keluarga serta
di Kuala Terengganu membabitkan seramai 1,811 orang daripada 490 keluarga masih berada di 10 PPS,” katanya dalam kenyataan, sebentar tadi .

Sementara itu, jumlah mangsa di Setiu pada pagi ini hanya tinggal 225 orang daripada 47 keluarga di enam PPS manakala dua daerah lagi yang menunjukkan pemulihan ketara ialah Setiu dan Marang kerana jumlah mangsanya tidak sampai 1,000 orang.

Di Marang, hanya satu PPS masih beroperasi yang menempatkan 76 penghuni d sebuah madrasah, sama seperti semalam. – UTUSAN

 

The post Jumlah mangsa banjir di Terengganu semakin berkurangan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *