KUALA PILAH: Seorang kakitangan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan maut selepas terlibat dalam nahas di Jalan Langkap-Dangi, di sini, petang semalam.

Difahamkan, mangsa yang  bertugas di daerah Rembau dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, Mohd. Azam Shamsudin, 35, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku semasa kenderaan jenis Perodua Axia yang dipandu mangsa sedang bergerak dari arah Rembau ke rumahnya di Gemencheh seorang diri. 

“Apabila sampai di lokasi kejadian, dipercayai kenderaan hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan lalu merempuh pagar tapak projek penanaman buah.

“Kemalangan tersebut mengakibatkan mangsa tersepit di dalam kenderaan dan disahkan maut di tempat kejadian. Mayat mangsa dibawa keluar oleh anggota bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

The post Kakitangan Jabatan Pertanian maut nahas di Kuala Pilah appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *