PETALING JAYA: Orang ramai diminta untuk memberi isyarat yang jelas dengan mengundi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman. 

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, tindakan itu perlu diambil sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan pembentukan kerajaan Persekutuan yang dianggotai Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). 

“Jika rakyat tidak berpuas hati dengan pembentukan kerajaan PH dan BN, maka, beri isyarat dengan mengundi PN di Padang Serai dan Tioman,” katanya. 

Parlimen Padang Serai menyaksikan pertembungan sehingga enam penjuru yang terdiri daripada calon PH, BN,  PN,  Parti Warisan, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan seorang calon Bebas. 

Bagaimanapun, BN memberi laluan kepada calon PH, Dr. Mohamad Sofee Razak selari dengan kerjasama gabungan itu dalam membentuk kerajaan Pusat. 

DUN Tioman pula menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon BN, PN, PH, Pejuang dan seorang Bebas, dengan PH memberi laluan kepada calon BN di kawasan itu.  –UTUSAN

The post ‘Kalau tak puas hati kerajaan Pusat, beri isyarat dengan undi PN’ appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *