KUALA LUMPUR: Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaffar hadir melawat pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Anggerik, di sini. 

Bagaimanapun, kehadirannya berkemungkinan melanggar peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ia susulan Kamarudin yang juga penyandang Parlimen itu hadir dengan memakai lencana pin yang tertera ‘Undilah Perikatan Nasional’.

Tindakan itu berkemungkinan membuatkan Kamarudin melanggar Seksyen 26(1)(g) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ini kerana seksyen itu memperuntukkan tiada seorang pun boleh pada hari mengundi dalam jarak 50 meter daripada sempadan mana-mana tempat mengundi memakai apa-apa bentuk atau jenis pakaian tercetak atau tertera nama calon, lambang atau simbol mana-mana parti politik.

PRU15 menyaksikan Kamaruddin dicabar Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail daripada Pakatan Harapan dan calon Barisan Nasional, Datuk Chew Yin Keen. – UTUSAN

The post Kamaruddin hadir pusat undi dengan lencana PN appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *